Harga ayam RM9.50 di Tampin - Utusan Malaysia

Harga ayam RM9.50 di Tampin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Harga ayam bersih standard di Negeri Sembilan, semalam mencecah paras harga sebanyak RM9.80 bagi sekilogram.

Menerusi maklumat aplikasi Price Catcher, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), harga tersebut dicatatkan di Pasar Besar Tampin, Tampin.

Sementara itu, di empat buah pasar awam utama di daerah ini, harga ayam bersih standard dicatatkan dalam lingkungan RM9 sehingga RM9.50 sekilogram.

Sementara itu, tinjauan Mingguan Malaysia di Pasar Besar Seremban kelmarin mendapati, harga ayam mencecah RM10 sekilogram dan menurut peniaga ia ekoran pembekal dan peladang telah meletakkan harga yang agak tinggi.

Jelas mereka, peniaga ayam tidak punya pilihan dan terpaksa menaikkan harga walaupun memahami pengguna kini terkesan daripada segi ekonomi akibat pandemik Covid-19.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN