Harga ayam naik permainan pembekal - Utusan Malaysia

Harga ayam naik permainan pembekal

ANGGOTA Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Perlis melakukan pemeriksaan harga barangan di Pasar Besar Sena, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Kebelakangan ini, harga ayam yang diambil daripada pembekal sekitar RM7.80 sekilogram, namun selepas penguat kuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 bermula hari ini, harga itu menurun sehingga RM7.10 sekali gus memberi kelegaan kepada para peniaga.

Namun, timbul persoalan dalam kalangan peniaga adakah kenaikan harga ayam sejak hampir sebulan lalu itu merupakan permainan daripada pembekal selepas mengetahui skim harga kawalan akan dilaksanakan khususnya ketika menjelang bulan Ramadan dan musim perayaaan.

Seorang peniaga ayam di Pasar Besar Sena, Marzuki Yatim,51,berkata, tahun ini, harga ayam disifatkan paling mahal dengan harga yang diambil daripada pembekal sahaja sudah mencecah RM7.80 sekilogram.

Namun katanya, dengan pelaksanaan SHMMP harga kembali turun dan mereka boleh menjual dengan harga ditetapkan RM7.90 sekilogram.

“Saya ingat harga mahal sebab pembekal ini tahu bila kerajaan akan menetapkan skim harga kawalan. Dengan itu, mereka (pembekal) ambil kesempatan menaikkan harga sebelum skim kawalan harga itu ditetapkan. Apabila sudah ditetapkan, mereka sudah tidak boleh lagi naikkan lagi harga.

“Sejak tiga minggu lalu, harga ayam sentiasa menunjukkan peningkatan. Sebelum ini, tidak ada masalah sangat berkaitan harga.

“Apabila memasuki musim perayaan mesti ada kawalan harga barangan, jadi sebelum pelaksanaan skim tersebut, mereka naikkan dahulu harga. Begitulah situasi selalunya berlaku,” katanya yang menjalankan perniagaan ayam sejak 36 tahun lalu.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di pasar berkenaan mendapati para peniaga mematuhi harga yang ditetapkan melalui SHMMP itu dengan ayam khususnya dijual pada harga RM7.90 sekilogram.

Begitu juga bagi harga barangan lain seperti daging, ikan kembung, ikan selayang dan beberapa lagi keperluan lain yang dijual mengikut skim ditetapkan itu.

Malah, rata-rata peniaga juga menyambut baik pelaksanaan SHMMP yang dilihat tidak lagi membebankan para pengguna.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya