Hanya dua orang satu gerai di bazar Ramadan - Utusan Malaysia

Hanya dua orang satu gerai di bazar Ramadan

AHMAD YAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan mengehadkan hanya dua pelanggan sahaja dibenarkan masuk untuk membeli juadah di setiap gerai di bazar Ramadan seluruh negeri pada tahun ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri menetapkan syarat itu kepada peniaga sebagai tambahan kepada prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi menangani pandemik.

Secara keseluruhan katanya, kerajaan negeri membenarkan sebanyak 500 peniaga menjalankan perniagaan di setiap bazar Ramadan seluruh Kelantan.

“Kita harap dengan ruang yang diberikan kepada peniaga di bazar Ramadan pada tahun ini dapat meningkatkan ekonomi rakyat meskipun perlu berdepan dengan wabak Covid-19.

“Peniaga juga perlu mematuhi SOP sedia ada iaitu memakai pelitup muka sepanjang operasi perniagaan selain mengekalkan jarak selamat seperti ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Pasar Siti Mariam di Pasir Tumboh, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin.

Sementara itu kata Ahmad, masjid-masjid di Kelantan tidak lagi menggunakan khidmat imam luar termasuk imam dari Selatan Thailand seperti tahun-tahun lalu bagi melaksanakan solat tarawih.

“Bilangan imam tempatan sedia ada cukup untuk memenuhi undangan di masjid, surau dan madrasah di negeri ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya