Hanya 12 francais tawar pakej mikro, mampu milik - Utusan Malaysia

Hanya 12 francais tawar pakej mikro, mampu milik

ROSOL Wahid (tengah) melawat gerai pameran selepas merasmikan Jelajah Francais Bay Terengganu di pusat beli-belah Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall di Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hanya 12 daripada keseluruhan 1,091 jenama francais berdaftar di negara ini dikenal pasti menawarkan pakej mikro dan mampu milik khusus buat golongan B40 dan M40.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, jumlah itu masih terlalu kecil dan lebih banyak francaisor diseru agar menawarkan pakej berkenaan dalam usaha melahirkan usahawan francais.

Katanya, francais mampu milik merupakan pakej perniagaan bernilai RM100,000 dan ke bawah, manakala francais mikro pula bernilai RM50,000 dan ke bawah.

“Tidak sampai 10 peratus daripada 1,091 jenama francais menawarkan pakej mikro dan mampu milik, jadi, saya menyeru francaisor dapat bersama-sama membantu meringankan beban kerajaan dan masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Jelajah Francais Bay Terengganu di pusat beli-belah Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall di sini hari ini.

Sementara itu, Rosol berkata, pihak kementerian amat mengharapkan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membantu menyediakan tapak perniagaan yang strategik seperti di bangunan kerajaan, hospital, kios, medan selera dengan kadar sewaan yang berpatutan.

Katanya, langkah itu diyakini dapat menarik lebih banyak usahawan untuk menceburi bidang perniagaan francais terutama dalam kalangan generasi muda.

“Dalam masa sama, ia dapat membuka peluang pekerjaan dan melahirkan usahawan baharu dalam situasi ekonomi yang mencabar akibat Covid-19.

“Mungkin kerajaan Terengganu boleh menjadi perintis kepada usaha ini dan kementerian bersedia mengadakan perbincangan lanjut mengenainya,” katanya.

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya