Sekolah kawasan selamat untuk pelajar - Utusan Malaysia

Sekolah kawasan selamat untuk pelajar

SAPURA AMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sekolah adalah kawasan yang selamat dan sesuai untuk pelajar menimba ilmu selain dapat menumpukan perhatian kepada setiap mata pelajaran yang diajar guru.

Sebaliknya, jika sekolah ditutup, dibimbangi hanya akan merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan pelajar malah kerja tugasan atau kerja kursus pelajar tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mulia, Bandar Tun Razak, Sapura Amat berkata, beliau memberi jaminan pihak sekolah terutama guru akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain memantau setiap kegiatan pelajar ketika berada di sekolah.

“Selepas Hari Raya Aidilfitri, ujian lisan, kerja kursus, amali sains akan bermula. Saya bimbang pelajar tidak mampu kuasai sepenuhnya. Jika pelajar terus dibiarkan belajar di luar sekolah atau hanya di rumah, saya juga risau mereka akan ketinggalan pelajaran kerana tidak semua mempunyai akses pendidikan yang sama.

“Pihak sekolah dan guru akan sentiasa bekerjasama, manakala ibu bapa juga sentiasa diingatkan jika anak-anak tidak sihat, jangan hadir ke sekolah. Jadi, bila ada gabungan semua pihak, tiada alasan untuk kita khuatir menghantar anak-anak ke sekolah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Bagi guru bahasa Inggeris, Victoria Francis, 40, sebagai pendidik, tiada kepuasan dalam sesi pengajaran selagi ia tidak dijalankan secara bersemuka kerana pelajar belum bersedia ke arah itu (PdPR).

“Cuba bayangkan macam mana saya mahu membantu mereka untuk menulis, mendengar dan bercakap bahasa Inggeris, walhal mereka tidak selesa belajar dalam talian. Kalau di sekolah, kita boleh bantu mereka, tetapi di rumah terlalu banyak gangguan,” katanya.

Senada dengan Victoria, guru mata pelajaran Sains Rumah Tangga, Masayu Mohamed Yunus, 48, pula berpendapat, pelajar Tingkatan 4 dan 5 perlu menyiapkan kerja kursus wajib melibatkan jahitan dan amali masakan yang membawa 30 markah dalam peperiksaan SPM.

“Tugasan praktikal seperti ini perlu tunjukkan demonstrasi, kalau tidak pelajar tidak faham. Sebab itu saya lebih gemar mengajar secara bersemuka selain pelajar fokus dalam setiap tugasan mereka,” katanya.

Guru mata pelajaran Prinsip Perakaunan, Hamizah Abas, 41, pula berkata, dia berpuas hati jika terus mengajar di sekolah meski pun terpaksa mengulang semula topik mata pelajaran yang sudah diajar.

“Apabila saya mengajar secara PdPR, keberhasilannya hanya merekodkan kurang 30 peratus berbanding pembelajaran di sekolah sebanyak 80 peratus.

“Cuma, jika tutup sekolah, saya mencadangkan sistem penggiliran diwujudkan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 4 manakala Tingkatan 5 pula ke sekolah seperti biasa agar risiko jangkitan rendah,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya