Guna kad giliran masuk bazar Ramadan - Utusan Malaysia

Guna kad giliran masuk bazar Ramadan

MPK memperkenalkan sistem kad giliran bagi memudahkan anggota penguat kuasa memantau jumlah pengunjung yang masuk dalam satu-satu masa di Bazar Ramadan Kangar, Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Majlis Perbandaran Kangar (MPK) memperketat prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan sekitar negeri ini dengan memperkenalkan sistem kad giliran bagi memudahkan anggota penguat kuasa memantau jumlah pengunjung yang masuk ke bazar dalam satu-satu masa.

Pengerusi Jawatan kuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Penjaja dan Peniaga Kecil negeri, Azizan Sulaiman berkata, pada masa ini, sistem tersebut diguna pakai di Bazar Ramadan Kangar di Persiaran Wawasan, di sini yang mempunyai jumlah pengunjung agak tinggi.

Katanya, melalui sistem tersebut, hanya 200 pengunjung sahaja dibenarkan masuk ke dalam kawasan bazar dalam satu-satu masa.

“Ini adalah salah satu usaha untuk memperketat SOP di samping pemakaian pelitup muka, imbas MySejahtera dan menjaga jarak.

“Sistem pas ini dapat memudahkan penguat kuasa mengawal jumlah pengunjung yang masuk berbanding sebelumnya,” katanya di sini hari ini.

Sebanyak lima tapak bazar Ramadan dianjurkan oleh MPK tahun ini iaitu di Persiaran Wawasan di Kangar; tapak Pasar Baru Arau, hadapan Rancangan Perumahan Awam (RPA) Pauh; tapak Pasar Malam Lama Kuala Perlis dan hadapan Taman Singgahsana, Padang Besar.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga telah menerima beberapa permohonan untuk bazar Aidilfitri yang dijangka bermula pada minggu kedua Ramadan.

“SOP yang diperketat ini juga akan dilanjutkan di bazar Aidilfitri. Buat masa ini kami telah menerima empat hingga lima permohonan yang kebanyakannya di kawasan Kangar,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya