Gesa tindakan kepada aktivis persenda UKM - Utusan Malaysia

Gesa tindakan kepada aktivis persenda UKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang aktivis melakar sebuah seni grafik menggunakan logo seakan-akan logo Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa mempersendakan institusi itu dan perlu dikenakan tindakan.

Menurut Presiden Persatuan Pelajar UKM, Muhamad Hariff Ahamat berkata, itu menunjukkan individu tersebut sememangnya tidak sensitif, dangkal kreativiti serta terdesak dalam berkarya.

Muhamad Hariff mengecam tindakan individu berkenaan yang sanggup menggunakan grafik-grafik logo dan akronim UKM sebagai satira untuk menarik perhatian masyarakat dengan lawak politik.

“Kita ingin menegaskan supaya individu itu diambil tindakan dibawah Akta 211, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) iaitu larangan terhadap pemberian kandungan jelik,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau juga turut menuntut agar sebahagian atau sepenuhnya tempoh penjara ditukarkan kepada 100 jam khidmat masyarakat.

Namun berharap agar individu itu ditempatkan di institusi pengajian awam atas tujuan memberi pengajaran tentang kepentingan rasa hormat dan cinta kepada institusi pendidikan.

Individu itu melalui posting di laman Facebook telah menyatakan bahawa ‘grafik logo Universiti Katak Kebangsaan adalah satira’.

Mewakili suara mahasiswa UKM, Muhamad Hariff berkata, perkara itu adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima memandangkan satira bermaksud karya (prosa atau puisi) yang mempersendakan atau menyindir orang.

“Sebagai mahasiswa UKM, kami amat bangga untuk menyematkan logo UKM di hati kami serta ijazah kami yang dimohorkan dengan logo UKM.

“UKM juga dipayungi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir selaku Canselor UKM sebagai sebuah institusi yang penuh dengan wibawa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya