Geng Nicky: Lebih ramai penguat kuasa termasuk polis akan ditangkap - Utusan Malaysia

Geng Nicky: Lebih ramai penguat kuasa termasuk polis akan ditangkap

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Lebih ramai anggota dan pegawai penguat kuasa yang bersekongkol dengan kumpulan jenayah terancang diketuai ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee akan ditangkap.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis akan membuat lebih banyak tangkapan dalam masa terdekat ke atas individu yang mempunyai kaitan termasuk pegawai dan anggota polis terlibat.

Buat masa ini, katanya, beliau tidak boleh mendedahkan senarai nama penguat kuasa itu kerana dikhuatiri boleh mengganggu siasatan.

“Perkara ini berkembang, ia bukan statik kerana daripada soal siasat akan berkembang (membawa kepada tangkapan lain). Kita tunggu dan lihat kerana yang pasti lebih ramai bukan setakat 34 individu sahaja.

“Tetapi, saya juga tidak akan mendedahkan senarai nama berkenaan kerana kita akan ambil tindakan di bawah jenayah terancang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Pada 30 Mac lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador mendedahkan terdapat 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa disyaki bersekongkol dengan kumpulan Geng Nicky yang dikaitkan dengan Pengasas Winner Dynasty Group itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya