Formula politik Sabah sumbang kestabilan politik Persekutuan - Utusan Malaysia

Formula politik Sabah sumbang kestabilan politik Persekutuan

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan formula politik Sabah yang pentingkan persahabatan menjadi kekuatan kepada Bersatu untuk terus memimpin negeri ini.

Beliau berkata, elemen persahatan yang ditekankan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membolehkan gabungan parti itu mempunyai formula politik yang cukup berkesan.

Ketika ini politik Sabah tidak bergelora dan begitu stabil untuk membawa kemakmuran kepada rakyat di negeri ini dan ia menjadi teras kekuatan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jika dilihat dalam tempoh dua tahun, pencapaian Bersatu Sabah sudah melangkaui jangkaan. Dalam tempoh ini, Bersatu Sabah berada pada tempat yang ada segalanya.

“Hanya 542 hari Bersatu Sabah ditubuhkan secara rasmi, parti ini berupaya meletakkan pemimpin negeri menjadi Ketua Menteri dengan kerjasama rakan komponen lain. Ini hanya mampu terjadi kerana sikap dan budaya politik Bersatu yang mementingkan persahabatan dan ketelusan dalam membentuk kerjasama ini (GRS).

“Sabah juga satu-satunya negeri yang dipimpin oleh Bersatu sebagai Ketua Menteri setelah saya selaku Menteri Besar Perak meletak jawatan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap mewakili Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan majlis sambutan ulang tahun kedua Bersatu Sabah, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, dekat sini semalam.

Ahmad Faizal berharap Sabah akan terus membina kerjasama politik yang stabil melalui permuafakatan GRS yang akan terus mendukung dan menyumbang kepada kestabilan politik persekutuan.

Budaya politik Sabah amat istimewa dan luar biasa. Apabila benar-benar ingin bersahabat, orang Sabah cukup setia kepada janji seperti istilah masyarakat Kadazan ‘sign mati’ iaitu apabila berjanji mereka sanggup menghadapi apa juga risiko

“Kejayaan model politik di Sabah ini menjadi perkara yang sering disebut-sebut oleh semua orang, model politik pimpinan Ketua Menteri Sabah ini cukup kemas, teratur dan sentiasa memuliakan persahabatan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya