Faham realiti sebenar, rakyat jangan bergantung SHMMP sahaja - Utusan Malaysia

Faham realiti sebenar, rakyat jangan bergantung SHMMP sahaja

JACOB GEORGE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat dinasihati tidak begitu berharap kepada Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2021 kerana perlu memahami situasi sebenar tentang kenaikan harga bahan basah.

Susulan itu, walaupun kerajaan melaksanakan skim tersebut, tetapi kebanyakan sumber terjejas maka juga tidak dapat membantu masyarakat apabila ia berlaku.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Seri Dr. Jacob George berkata, masyarakat beranggapan SHMMP adalah peluru emas bagi mereka untuk menyelesaikan masalah berkaitan kenaikan harga barangan termasuk ayam dan daging.

“Jadi, kita perlu melihat kos lain mengapa faktor kenaikan harga tersebut berlaku. Skim yang diberi kerajaan bukan jawapan serta penyelesaian isu kenaikan harga. Bagi memperincikan masalah ini, kita perlu menukar gaya untuk mengatasinya.

“Seterusnya, masa dah sampai untuk kita berfikir realistik terhadap ekosistem terkini. Bukan hanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), malah agensi kerajaan lain perlu memperjuangkan satu ekosistem pengguna bijak yang dapat menerima kenaikan harga,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia, Azlin Othman pula berpendapat, SHMMP 2021 boleh dikatakan antara langkah terbaik diambil kerajaan selepas dicadang beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN