Empat lagi sekolah di Negeri Sembilan ditutup - Utusan Malaysia

Empat lagi sekolah di Negeri Sembilan ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak empat buah sekolah di negeri ini diarah tutup hari ini berikutan terdapat pengesanan kes Covid-19 dalam kalangan murid dan guru di sekolah terbabit.

Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, keempat-empat sekolah tersebut melibatkan sekolah rendah dengan masing-masing sebuah sekolah di daerah Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban.

“Sekolah-sekolah ini akan ditutup dua hari bermula hari ini dan esok. Bagi bilangan kes positif Covid-19 pula dilaporkan setiap sekolah terbabit setakat ini mempunyai satu kes.

“Semua sekolah ini ditutup untuk proses sanitasi serta memberi ruang pihak pejabat kesihatan daerah (PKD) untuk membuat saringan serta menjejaki kontak rapat,” katanya ketika dihubungi.

Penambahan empat buat sekolah itu menjadikan setakat ini jumlah keseluruhan sekolah yang ditutup di negeri ini adalah sebanyak lima buah sekolah.

Ia selepas pada Jumaat lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2 dekat sini ditutup selama tujuh hari sehingga 29 April depan apabila terdapat pengesanan 17 kes positif di sekolah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, PKD meminta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk sekolah itu ditutup dari 23 April sehingga 29 April (tujuh hari) dan ia dilaksanakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya