Dua premis simpan barang tiruan diserbu KPDNHEP - Utusan Malaysia

Dua premis simpan barang tiruan diserbu KPDNHEP

PEGAWAI penguat kuasa KPDNHEP memeriksa dan menunjukkan barang tiruan iaitu pakaian pelbagai jenama dalam serbuan dua buah premis yang dijadikan stor penyimpanan barang tiruan di Bandar Enstek, Seremban, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kegiatan lelaki yang menjadikan premis kediaman dan perniagaannya sebagai stor penyimpanan barang tiruan bernilai RM26,250 bagi tujuan perdagangan terbongkar hasil serbuan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Bandar Enstek, di sini, semalam.

Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua premis tersebut dimiliki oleh seorang lelaki warga tempatan berumur 40 tahun yang juga merupakan pemilik perniagaan .

“Pemeriksaan lanjut di premis kediaman tersebut telah menemukan sebanyak 600 unit barangan iaitu pakaian pelbagai jenama yang disyaki tiruan dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM6,000.

“Serbuan di premis perniagaan pula telah menemukan 2,025 unit barangan yang juga pakaian pelbagai jenama dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM20,250,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ain Arjuna, kesemua barangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM26,250 dan barangan berkenaan disita di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati suspek telah menjalankan perniagaan ini sekitar dua tahun.

“Barangan tersebut dipercayai diperoleh dari luar negara dan dijual kepada pelanggan melalui platform perniagaan dalam talian untuk pasaran dalam negara,” katanya.

Ain Arjuna berkata, kegiatan peniaga tersebut terbongkar hasil pemantauan dan risikan selama seminggu yang dibuat oleh pihak KPDNHEP Negeri Sembilan dan pihak pengadu bagi cap dagang berkenaan.

Tambah beliau, berdasarkan rekod bagi tahun 2021, sebanyak tiga kes telah dikenakan tindakan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 oleh KPDNHEP Negeri Sembilan dengan nilai rampasan sebanyak RM53,625. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya