Dua lelaki leka punggah ketum dicekup - Utusan Malaysia

Dua lelaki leka punggah ketum dicekup

AKSEM Perlis merampas sebanyak 276 kilogram daun ketum bernilai kira-kira RM8,280 berhampiran Jalan Jeti Baru Kuala Perlis, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Dua lelaki yang sedang leka memunggah bungkusan daun ketum daripada sebuah kereta jenis Nissan Sunny ditahan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (Aksem) negeri berhampiran jalan Jeti Baru Kuala Perlis di sini, semalam.

Serbuan kira-kira pukul 6.30 pagi itu selepas Aksem dengan bantuan Pasukan Polis Marin menerima maklumat mengenai aktiviti penyeludupan di lokasi berkenaan.

Komander Aksem negeri, Deputi Superintenden Azizan Saman memberitahu, pihaknya mendapati dua lelaki sedang memunggah beberapa plastik hitam disyaki mengandungi ketum daripada kereta berwarna putih tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 276 kilogram daun ketum bernilai kira-kira RM8,280 yang diisi dalam 23 plastik hitam dan dua guni putih dalam kenderaan terbabit.

“Anggota kemudian bertindak menahan dua lelaki warga tempatan berusia 19 dan 36 tahun. Semua barang rampasan dan dua individu berkenaan dibawa balik ke Aksem Kuala Perlis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, kereta terbabit yang bernilai RM4,000 turut dirampas sekali gus menjadikan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM12,280

“Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya