Dua lagi video promosi judi, tiga ditahan - Utusan Malaysia

Dua lagi video promosi judi, tiga ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga individu ditahan susulan dua lagi video promosi judi dalam talian berdurasi 48 saat dan 30 saat yang tular semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, dua laporan polis dibuat susulan video terbabit sebelum tiga suspek yang terbabit dalam pembikinan video berkenaan ditahan.

Kata beliau, kesemua mereka berusia 21 tahun hingga 42 tahun ditahan di sekitar ibu negara dan akan direman hari ini bagi membantu siasatan.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi video terbabit.

“Perbuatan sedemikian bukan sahaja salah di sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan keresahan dan kegusaran awam,” katanya dalam satu kenyataan sini hari ini.

Tambah beliau, polis tidak berkompromi ke atas semua pihak yang terbabit dalam aktiviti perjudian dan pembikinan video itu.

“Tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,”jelasnya.

Sejak minggu lalu, tular video iklan lagu raya yang mempromosikan kegiatan judi tular di media sosial.

Video kedua tular selepas video pertama yang juga menggunakan modus operandi yang sama bagi menarik pelanggan dalam kalangan umat Islam.

Rakaman video lagu raya berkenaan memaparkan aksi lakonan serta nyanyian oleh seorang lelaki dan seorang wanita yang mempromosikan satu permainan judi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya