Dua kru kapal warga Romania melecur - Utusan Malaysia

Dua kru kapal warga Romania melecur

Kru kapal MV Rapallo (Bulk Carrier) warganegara Romania melecur akibat terkena minyak bahan api semasa menjalankan tugas-tugas di bilik enjin kapal di Terminal Jimah Energy Ventures, Port Dickson malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Dua orang krew kapal Kapal MV Rapallo (Bulk Carrier) warganegara Romania melecur terkena minyak bahan api semasa menjalankan tugas-tugas di bilik enjin kapal di Terminal Jimah Energy Ventures (JEV), Port Dickson di sini malam tadi.

Jabatan Laut Malaysia memberitahu, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9.05 malam dan dua pekerja kapal berkenaan yang melecur telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.

“Mangsa telah dibawa ke hospital pada pukul 9.30 malam dan telah dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Siasatan awal masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, kapal MV Rapallo tersebut masih berada di Terminal Jimah Energy Ventures (JEV), Port Dickson bagi tujuan pemunggahan kargo.

“Kapal tersebut akan berlabuh sauh setelah selesai aktiviti pemunggahan yang dijangka selesai pukul 10 pagi hari ini,” katanya.

Tambah kenyataan itu, satu pasukan penyiasat dari Jabatan Laut Wilayah Tengah (Port Dickson dan Pelabuhan Klang) telah ditubuhkan di bawah Seksyen 334(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Segala prosedur terkini bagi mengekang penularan Covid-19 seperti mana termaktub dalam MSN 15/2020 dan MSN 1/2021 tetap dipatuhi sepanjang proses siasatan,” katanya lagi.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya