Dua gajah liar ditangkap di Kem Iskandar - Utusan Malaysia

Dua gajah liar ditangkap di Kem Iskandar

SALAH seekor gajah liar yang ditangkap berada dalam kawasan semak berdekatan dengan kuarters kakitangan Kem Iskandar, Mersing, Johor. - IHSAN PERHILITAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap dua ekor gajah liar di Kem Iskandar, Mersing, semalam.

Pengarahnya, Salman Saaban berkata, tindakan itu dilakukan selepas menerima aduan orang awam yang bimbang gajah tersebut tersesat ke kawasan Istana Flinstone berhampiran.

“Operasi ini menangkap dua ekor gajah betina dan jantan. Gajah betina ditangkap pada pukul 3.15 petang manakala gajah jantan kira-kira 30 minit kemudian.

“Operasi ini diadakan susulan aduan orang awam yang diterima pada sebelah pagi melaporkan tentang sekumpulan gajah anggaran lima hingga 12 ekor yang berada dalam kawasan semak hutan belukar berdekatan dengan kuarters kakitangan Kem Iskandar.

“Dikhuatiri kumpulan gajah tersebut tersesat ke kawasan Istana Flinstone yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan tersebut jika tiada tindakan diambil,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Salman berkata, pengadu memaklumkan gajah tersebut telah berada dalam kawasan kem sejak seminggu yang lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya