Dua ditahan jual salinan cetak rompak digital - Utusan Malaysia

Dua ditahan jual salinan cetak rompak digital

PENGUAT KUASA KPDNHEP menyerbu sebuah rumah di Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur kerana menjual salinan cetak rompak digital, Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan dua lelaki tempatan yang menjual salinan cetak rompak digital mengundang padah apabila ditahan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Isnin lalu. 

Pengarahnya, Azman Adam berkata, lelaki berusia 19 dan 32 tahun  itu ditahan dalam satu serbuan bersama pemilik hak cipta di sebuah rumah yang beralamat di Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur. 

Katanya, mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987 iaitu menjual apa-apa salinan langgaran melalui platform e-dagang yang dimuatkan ke dalam set pemain sistem karaoke. 

“KPDNHEP dianggotai 10 anggota membuat serbuan hasil risikan kira-kira dua minggu dan maklumat yang disalurkan oleh pemilik hak cipta. 

“Dalam serbuan ini, KPDNHEP turut merampas beberapa barang dalam milikan suspek berupa set sistem KTV, pelbagai jenama cakera keras, pelbagai jenama pendrive dan telefon bimbit dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM 25,000, ” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Azman, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang RM 2,000 dan tidak lebih RM 20,000 bagi setiap salinan langgaran, atau penjara tidak lebih lima tahun. 

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi atau mengedarkan mana-mana karya hak cipta termasuk filem, lagu, buku berbentuk digital dan sebagainya di mana-mana medium internet termasuk melalui media sosial tanpa kebenaran pemilik hak cipta. 

“Kementerian sentiasa memandang serius dan tidak akan berkompromi ke atas sebarang aktiviti berkaitan cetak rompak dalam melindungi karya hak cipta pihak industri muzik Malaysia,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya