Dua bom mortar, 77 peluru meriam ditemukan di tapak pembinaan - Utusan Malaysia

Dua bom mortar, 77 peluru meriam ditemukan di tapak pembinaan

ANGGOTA polis Unit Pemusnah Bom (UPB) memeriksa sebahagian peluru mortar yang ditemui di tapak pembinaan projek perumahan SP Saujana Fasa 6, Sungai Petani, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Sebanyak dua butir bom mortar dan 77 peluru meriam dipercayai tinggalan zaman Perang Dunia Kedua ditemukan di tapak projek perumahan SP Saujana Fasa 6 di sini, petang semalam.

Bahan letupan itu ditemukan pekerja kontrak yang melakukan kerja-kerja mengorek tanah kira-kira pukul 5.58 petang.

Mereka kemudian melaporkan penemuan itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, sepasukan anggota polis kemudian bergegas ke lokasi tersebut sebelum mendapati terdapat bom mortar dan peluru meriam yang dipercayai masih aktif.

“Bom mortar itu dianggarkan seberat kira-kira 225 kilogram (kg) dengan panjang 1.3 meter (m) dan ukur lilit 1.15 m,” katanya di sini hari ini.

Menurut Adzli, peluru meriam jenis Artillery pula berukuran 42.5 sentimeter (cm) dengan ukur lilit 30 cm.

“Kedua-dua bahan letupan itu diselaputi lumpur dan berkarat,” ujarnya.

Menurut beliau, Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah kemudiannya telah mengambil bom dan peluru meriam itu untuk disimpan sementara di Rumah Magazin, Balai Bukit Selambau untuk tujuan penyiasatan.

Tambahnya, selepas siasatan selesai, bom mortar dan peluru meriam itu akan diletupkan untuk tujuan pemusnahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya