Disambar api sampah, 4 kenderaan hangus terbakar - Utusan Malaysia

Disambar api sampah, 4 kenderaan hangus terbakar

EMPAT buah kenderaan hangus dengan dua daripadanya musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di kawasan perumahan Halaman Mayang Lima, Bukit Gedung, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sebanyak empat buah kenderaan hangus dengan dua daripadanya musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di kawasan perumahan Halaman Mayang Lima, Bukit Gedung, di sini awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu dipercayai berpunca daripada api pembakaran sampah berdekatan kawasan tempat letak kereta yang menyambar kenderaan tersebut.

Menurut jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.10 pagi dan tiba di lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian.

“Sebaik sahaja tiba didapati empat buah kenderaan terbakar dengan dua buah hangus sepenuhnya manakala dua buah lagi terbakar kira-kira 30 peratus,” katanya kepada pemberita di sini.

Jelasnya, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu dan kerja-kerja pemadaman yang dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru selesai dalam tempoh kurang satu jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya