Diperdaya janji palsu Dr. Kevin - Utusan Malaysia

Diperdaya janji palsu Dr. Kevin

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kakitangan hospital di Lipis, dekat sini kerugian RM6,500 selepas terpedaya oleh kata-kata manis individu dikenali sebagai Dr. Kevin yang dikenalinya melalui laman Facebook.

Wanita berusia 37 tahun itu mula mengenali Dr. Kevin pada 10 Mac lalu selepas menerima mesej daripada lelaki tersebut menerusi aplikasi sosial berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada keesokannya, lelaki itu sekali lagi menghubunginya.

“Dr. Kevin memberitahu bahawa 11 Mac adalah hari jadinya dan dia ingin memberikan hadiah wang RM1 juta kepada mangsa sebagai tanda perkenalan. Selepas itu, Kevin meminta nombor akaun bank mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, mangsa bagaimanapun menerima panggilan daripada individu tidak dikenali pada 12 Mac lalu dan diminta memasukkan wang untuk menebus hadiah diberikan Dr. Kevin.

Menurutnya, selepas itu, mangsa memasukkan wang ke dalam nombor akaun bank berlainan melalui empat transaksi antara 16 Mac hingga 27 Mac lalu.

“Selepas melakukan transaksi itu, mangsa menyekat nombor telefon Dr. Kevin pada 4 April lalu disebabkan berasa curiga kerana asyik meminta wang dan masih belum menerima hadiah yang dijanjikan.

“Mangsa tampil membuat laporan (semalam) di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya