PONTIAN: Kenaikan harga makanan ternakan dan kekurangan bekalan ayam menjadi faktor peningkatan harga di pasaran. Pengarah Urusan NB Poultry Processing Industries Sdn. Bhd., Baharudin Ahmad yang merupakan antara pembekal utama barangan segar itu berkata, harga dedak ayam yang naik mendadak dari RM84 kepada RM106 sekampit memberi kesan kepada para penternak. Katanya, kenaikan tersebut menyebabkan harga jualan ayam di ladang termasuk pihaknya yang memiliki seramai 20 penternak secara ‘kontrak farming’ terpaksa disusun semula disebabkan kos tambahan itu. Tambahnya, pengeluaran ayam daripada penternak yang mempunyai perjanjian bekalan dengan pihaknya dianggarkan sejuta ekor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya