Dalam tempoh empat bulan, empat kali harga dedak naik - Utusan Malaysia

Dalam tempoh empat bulan, empat kali harga dedak naik

MALAYSIA mengimport bahan makanan untuk haiwan berjumlah RM4.6 bilion pada 2020. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Golongan penternak dilihat semakin terkesan apabila harga dedak terus menunjukkan pe­ningkatan cukup ketara.

Dalam tempoh empat bulan sepanjang tahun ini, sudah empat kali harga makanan haiwan peliharaan itu naik.

Malah harga dedak dari sekitar RM65 sehingga RM67 bagi berat 50 kilogram dikatakan naik RM2.50, sekali gus menyebabkan golongan penternak terpaksa mengeluarkan lebih kos.

Sebelum ini, harga dedak hanya sekitar RM55 bagi berat 50 kilogram sebelum terus mengalami kenaikan demi kenaikan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dan berlarutan sehingga kini.

Seorang penternak kambing, Husmizar Hussain, 41, berkata, kenaikan harga dedak soya putih itu cukup memberi kesan kepadanya yang perlu menggunakan bekalan dedak sebanyak 50 kilogram setiap hari.

Dia yang menternak kira-kira 80 ekor kambing berkata, sejak awal tahun ini, sudah empat kali harga dedak mengalami kenaikan sehingga mencecah antara RM5 atau RM6 bagi setiap 50 kilogram itu.

“Jika kenaikan sebelum ini saya perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan sekitar RM300 sebulan dan kenaikan terbaharu ini bakal menyebabkan kos saya bertambah sehingga RM400 sebulan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambah Husmizar, mahu tidak mahu mereka perlu membeli dedak yang berkualiti itu meski­pun mengalami kenaikan.

Katanya, dedak perlu digunakan setiap hari dan kenaikan harga secara tidak langsung memberi kesan khususnya mereka yang memelihara haiwan ternakan dalam kuantiti yang banyak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya