Dada ayam mencecah RM9.80 sekilogram - Utusan Malaysia

Dada ayam mencecah RM9.80 sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Kenaikan harga ayam yang berterusan khususnya sepanjang Ramadan terus memberi kesan kepada para peniaga yang terpaksa mengeluarkan lebih modal setiap hari.

Seorang peniaga Shawarma, Sharifuldin Hashim,38, berkata, harga ayam semalam didapati masih sekitar RM8.30 hingga RM8.50 sekilogram.

Katanya, harga ayam bagi bahagian dada pula meningkat daripada RM8.80 sehingga RM9.80 sekilogram sekali gus mengalami kenaikan mencecah RM1.

Jelasnya, kebelakangan ini, harga ayam tidak menunjukkan tanda-tanda untuk turun yang sekali gus memberi kesan kepada mereka.

“Saya selalu membeli bahagian dada ayam daripada RM8.80 sekilogram naik sehingga RM9.80. Manakala harga ayam standard sekitar RM8.30 sehingga RM8.50 sekilogram.

“Kami harap pihak bertanggungjawab dapat mengawal harga ayam ini yang sememangnya menjadi makanan rutin orang ramai selain menjadi keperluan peniaga yang menggunakan bahan seperti ayam,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri, Norazah Jaapar berkata, berdasarkan pemeriksaan semalam, harga ayam segar standard masih mengalami kenaikan.

Bagaimanapun, katanya, kenaikan tersebut masih terkawal sekitar dua hingga enam peratus dari harga standard ayam.

“Harga ayam segar standard sekitar RM7.70 sehingga RM8.50 sekilogram,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya