Covid-19: SM Shen Jai, Ipoh ditutup - Utusan Malaysia

Covid-19: SM Shen Jai, Ipoh ditutup

NOTIS penutupan Sekolah Menengah Shen Jai di Ipoh yang tular dalam laman sosial hari ini. - FB TAN KAR HING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sekolah Menengah Shen Jai di Jalan Gopeng di sini ditutup selama dua minggu bermula Isnin ini susulan terdapat kes jangkitan Covid-19 di sekolah berkenaan.

Notis penutupan itu dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Tan Kar Hing di laman Facebooknya.

Berdasarkan notis tersebut, penutupan sekolah dilakukan selepas Biro Kesihatan Awam Ipoh mengesan seorang pelajar sekolah berkenaan positif Covid-19, hari ini.

Notis itu juga memaklumkan yang pihak sekolah telah diarahkan untuk kuarantin pelajar yang merupakan kontak rapat pesakit Covid-19 bagi mengekang penularan wabak tersebut di sekolah berkenaan.

Sekolah juga telah diarahkan untuk menghentikan sesi pembelajaran secara bersemuka dan menggantikan menerusi kelas dalam talian bagi membolehkan proses pembasmian kuman dijalankan.

“Kelas dalam talian akan dijalankan pada 26 April ini hingga 15 Mei bermula pukul 8.10 pagi hingga 3.20 petang.

“Sekolah akan dibuka semula selepas cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 17 Mei depan,” ujar notis itu.

Notis itu juga memberitahu, peperiksaan pertengahan tahun dijadualkan pada 20 Mei ini dan pelajar disaran untuk menghadiri kelas dalam talian dan menyiapkan kerja sekolah yang diberi.

“Pihak sekolah juga menyarankan warga sekolah khususnya pelajar mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak dijangkiti Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya