Covid-19: Kelantan batal semua majlis rasmi kerajaan - Utusan Malaysia

Covid-19: Kelantan batal semua majlis rasmi kerajaan

SURAT rasmi memaklumkan pembatalan majlis Kerajaan Negeri Kelantan dihantar kepada semua ketua jabatan dan agensi di Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri membatalkan semua majlis rasmi melibatkan aktiviti berkumpul dan berhimpun berkuat kuasa serta-merta, susulan kes Covid-19 yang melonjak tinggi di seluruh negeri sejak beberapa hari lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sebentar tadi.

Katanya, menerusi mesyuarat itu, JKKN memutuskan semua program dan majlis rasmi kerajaan negeri yang melibatkan perhimpunan orang ramai serta aktiviti berkumpul dibatalkan melainkan mesyuarat sahaja.

“Langkah ini diambil sebagai satu usaha membendung penularan Covid-19 di Kelantan.

“Pembatalan ini berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak,” katanya dalam satu surat rasmi yang dihantar kepada semua ketua jabatan dan agensi di negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya