Covid- 19 : Bazar Ramadan Jalan Raja Alang antara 22 tapak diarah tutup - Utusan Malaysia

Covid- 19 : Bazar Ramadan Jalan Raja Alang antara 22 tapak diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 22 tapak bazar Ramadan di enam negeri dan satu Wilayah Persekutuan diarahkan ditutup bermula esok kerana dikesan ada risiko Covid-19.

Ini termasuk bazar Ramadan paling terkenal dan terbesar di ibu negara iaitu Jalan Raja Alang di Kampung Bharu yang diuruskan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,  Datuk Zainal Abidin Abu Hassan berkata, ia susulan laporan yang diterima daripada Hotspot Identification Dynamic Engagement (HIDE) Bank Negara Malaysia (BNM) yang memaklumkan pengesanan ancaman penyebaran jangkitan Covid-19 di bazar terlibat

 Beliau turut menjelaskan bahawa laporan tersebut hasil daripada analisis pengesanan kontak rapat yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan menerusi rekod aplikasi MySejahtera.

 “Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 28 April lalu memutuskan penutupan bazar Ramadan terbabit mulai esok bagi membendung penularan wabak itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak melaporkan tempoh berapa lama penutupan namun salinan itu turut diserahkan kepada enam setiausaha kerajaan negeri untuk tindakan susulan.

 Pulau Pinang menyaksikan paling banyak bazar yang ditutup iaitu di tapak Majlis Bandaraya Seberang Perai, MPKK Jalan Tenggiri, At-Takwa Taman Bertam Indah dan Jalan Berangan.

 Juga empat tapak bazar Ramadan di bawah pengurusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang iaitu di Kampung Melayu, Masjid Daerah Barat Daya, Bukit Gedung dan Taman Tun Sardon.

 Ini diikuti Johor dengan empat tapak iaitu di Belatuk Taman Scientex, Pasir Gudang; Lok Heng, Kota Tinggi serta Kampung Pasir, Jalan Mata Kuching dan Mart Kempas di Johor Bahru.

 Kedah pula dengan tiga bazar ditutup iaitu di Taman Selasih, Kulim serta Baling 2021 dan Kupang 2021 di Baling; manakala tiga negeri atau wilayah dengan masing-masingnya dua tapak.

 Ia melibatkan Lurah Semantan dan Temerloh Jaya di Pahang, Puncak Jalil dan stesen LRT Cempaka, Selangor serta Taman Setiawangsa dan Jalan Raja Alang di Kuala Lumpur.

 Sementara di Perak pula menurut kenyataan berkenaan, hanya melibatkan satu tapak bazar Ramadan iaitu di Nenas Kampung Selabak di bawah Majlis Perbandaran Teluk Intan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya