Covid-19 : 2,847 kes baharu , lapan kluster, lapan kematian - Utusan Malaysia

Covid-19 : 2,847 kes baharu , lapan kluster, lapan kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebih 2,000 kes iaitu 2,847 kes mengatasi kes sembuh iaitu 2,341 kes. 

Sebanyak lapan kematian dan lapan kluster direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 22,512 kes berbanding semalam, 22,014 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 260 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 125 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif baharu iaitu 748 kes diikuti Sarawak, 717 kes; Kelantan, 476 kes; Kuala Lumpur, 302 kes; Negeri Sembilan, 105 kes dan Johor, 130 kes. 

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Pulau Pinang, 89 kes; Sabah, 82 kes; Perak, 45 kes; Kedah, 44 kes; Melaka, 42 kes; Pahang, 39 kes; Putrajaya, 14 kes dan Terengganu, 11 kes. 

“Hanya Labuan merekodkan kes satu angka iaitu tiga kes manakala Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dr. Noor Hisham berkata, lapan kematian melibatkan tujuh warga tempatan dan satu warga asing dengan Kelantan, Sabah, Sarawak, dan Kuala Lumpur, masing-masing dua kes. 

” Kes melibatkan empat lelaki dan empat wanita termasuk satu warga asing berusia antara 30 hingga 85 tahun. 

“Pelbagai latar belakang penyakit dikesan seperti darah tinggi, gout, buah pinggang kronik, psoriasis, kencing manis, obesiti, dislipidemia dan paru-paru obstruktif kronik,” katanya. 

Mengulas mengenai lapan kluster baharu, beliau berkata, lima kluster pendidikan termasuk empat kluster sekolah/institusi pendidikan Kementerian Pendidikan, dua kluster komuniti dan satu kluster tempat kerja.

Lima kluster pendidikan katanya, Kluster Jalan Roban Lama melibatkan Saratok dan Kabong, Sarawak, 48 kes serta Kluster Jalan Selirik di Kapit, Sarawak, 23 kes dan Kluster Jalan Sungai Daun di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, sembilan kes. 

“Tiga lagi iaitu Kluster Persiaran Sri Saujana melibatkan Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor, lapan kes serta Kluster Mempaga Satu melibatkan Bentong dan Maran, Pahang serta Petaling, Selangor, 44 kes. 

“Dua kluster komuniti iaitu Kluster Gong Dermin di Kota Bharu, Kelantan, 51 kes dan Kluster Sri Desa melibatkan Temerloh dan Bentong, Pahang 10 kes manakala satu kluster tempat kerja iaitu Kluster Jalan Bukit Bintang melibatkan Lembah Pantai dan Titiwangsa, Kuala Lumpur, tujuh kes,” katanya. 

Tambahnya, enam kluster tamat iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Atmosphere, Kluster Batu 19, Kluster Jalan Masyhur Enam, Kluster Industri Cheras Jaya, Kluster Jalan Setiawangsa dan Kluster Jalan Belimbing.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya