COD menu berbuka dari hotel ke rumah peneroka - Utusan Malaysia

COD menu berbuka dari hotel ke rumah peneroka

RASMAN Ithnain (dua kanan) menyempurnakan majlis pelancaran Program Citarasa Ramadan 2021 di Mersing, Johor. -UTUSAN/MASTURAH SURADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Pihak Felda Residence Tanjung Leman di sini dicadangkan untuk menyediakan kaedah ‘cash on delivery’ (COD) buat penduduk Felda berhampiran bagi pakej juadah berbuka puasa yang ditawarkan mereka sepanjang Ramadan.

Ahli Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Rasman Ithnain berkata, usaha itu bukan sahaja mengikut trend pemasaran terkini, bahkan pada masa sama turut dapat menambah pelanggan baharu.

“Kaedah COD yang sekarang menjadi satu kebiasaan wajar dilakukan juga di pihak hotel. Bagi Hotel Felda Residence ini selain menarik pelanggan dari luar sudah tiba masanya kita menambah pelanggan dengan menarik penduduk dari kawasan Felda berdekatan.

“Tambahan pula kebanyakan peneroka Felda kini hanya tinggal berdua berikutan anak-anak sudah besar dan tinggal di rumah masing-masing nak masak pun tidak larat.

“Dengan tawaran makanan yang berkualiti dan harga yang murah sudah pasti mampu menarik perhatian mereka untuk memesan makanan dari hotel berkenaan,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Citarasa Ramadan 2021 di Felda Residence, Tanjung Leman, hari ini.

Rasman berkata, melalui cara itu juga, ia dapat memberi peluang kepada warga Felda untuk menikmati juadah berbuka dari hotel.

Tambahnya, sepanjang Ramadan kelak hotel milik Felda itu turut menawarkan pakej yang sangat murah dan berbaloi.

“Antaranya pakej dua hari satu malam termasuk berbuka, moreh dan sahur dengan harga yang ditawarkan hanya RM200 sahaja ini sangat berbaloi bagi pelanggan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya