Campak duit, polis tak terima laporan - Utusan Malaysia

Campak duit, polis tak terima laporan

TANGKAP layar yang dimuatnaik di media sosial berhubung individu menabur wang RM10,000 di pekarangan komplek beli belah di ibu kota.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung tindakan sekumpulan lelaki yang mencampak duit dipercayai bernilai RM10,000 di pekarangan sebuah pusat beli belah seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, tiada tindakan diambil setakat ini berikutan tiada laporan daripada mana-mana pihak berhubung video yang tular berkenaan.

“Kami tidak terima sebarang laporan,” katanya kepada Utusan Malaysia menerusi pesanan WhatsApp.

Video yang tular dalam media sosial itu dipercayai dirakam sekumpulan pemilik akaun YouTube, WirePutus menerima kecaman hebat warganet apabila tindakan mereka itu dianggap tidak bermoral dan membazir.

Dalam video berdurasi 10 minit itu, sekumpulan lelaki dilihat mencampak duit dipercayai bernilai RM10,000 di perkarangan pusat beli belah terkemuka di ibu kota dan sekitar jalan raya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN