Buat laporan palsu disamun selepas guna RM1,000 wang majikan - Utusan Malaysia

Buat laporan palsu disamun selepas guna RM1,000 wang majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Mahu menutup rahsia menghabiskan RM1,000 wang majikan untuk kegunaan sendiri, seorang lelaki di sini cuba bertindak licik membuat laporan polis kononnya di samun awal pagi tadi.

Bagaimanapun helah lelaki berusia 21 tahun itu memakan diri selepas polis menahannya kerana didapati membuat laporan palsu.

Suspek yang merupakan pembantu kedai makan itu ditahan di Jalan Besar, Telok Air Tawar, di sini kira-kira pukul 11 pagi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek membuat laporan polis kononnya disamun empat lelaki ketika menunggang motosikal di Jalan Permatang Tok Jaya, Penaga, dekat sini kira-kira pukul 1.40 pagi.

Menurutnya, suspek mendakwa dia turut diacukan pisau pada leher sebelum empat lelaki berkenaan melarikan begnya yang mengandungi wang RM1,300 dan sebuah telefon pintar.

“Bagaimanapun siasatan lanjut polis mendapati dia sebenarnya membuat laporan palsu kerana telah menggunakan wang majikan sebanyak RM1,000 untuk kegunaan sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya