BN batalkan mesyuarat malam ini - Utusan Malaysia

BN batalkan mesyuarat malam ini

PRN Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) membatalkan mesyuarat tertinggi di saat-saat akhir selepas dijadualkan berlangsung malam ini.

Perkara itu dimaklumkan secara ringkas oleh Bahagian Komunikasi BN melalui WhatsApp.

Bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut mahupun alasan diberikan di sebalik pembatalan mesyuarat tersebut.

Difahamkan, ketiadaan beberapa pemimpin komponen parti BN menjadi punca mesyuarat itu dibatalkan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber dari salah satu komponen parti BN mengesahkan bahawa mesyuarat itu sepatutnya berlangsung pada malam ini, kemungkinan bagi membincangkan soal kerjasama antara parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijangka mempengerusikan mesyuarat tersebut dan disertai oleh pemimpin komponen parti iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Status mesyuarat itu bagaimanapun mula dipersoalkan apabila beberapa pemimpin MIC ketika dihubungi, mereka seolah-olah tidak tahu-menahu mengenai mesyuarat tersebut, malah presiden parti Tan Sri S. Vigneswaran enggan memberikan sebarang komen.

Tindakan MIC membisu mungkin mempunyai kaitan dengan pendirian parti itu pada Perhimpunan Agung MIC baru-baru ini apabila parti itu mengumumkan akan terus menyokong dan kekal bersama pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga menunggu keputusan muktamad dibuat Majlis Tertinggi BN.

Vigneswaran berkata, pihaknya bagaimanapun menghormati keputusan Perhimpunan Agung UMNO minggu lalu untuk memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya