BN 2.0: Gabungan UMNO, PKR, DAP? - Utusan Malaysia

BN 2.0: Gabungan UMNO, PKR, DAP?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabungan baharu dinamakan Barisan Nasional 2.0 (BN 2.0) diterajui UMNO dan melibatkan pelbagai parti termasuk PKR dan DAP perlu dibentuk sebagai penje­namaan semula BN dalam arena politik negara.

Cadangan itu hadir selepas pertimbangan BN sudah tidak seperti zaman kegemilangannya dalam tempoh beberapa dekad ini apabila struktur kekuatannya dilihat semakin rapuh.

Penganalisis politik, Univer­siti Teknologi Mara (UiTM), Mu­jibu Muis berkata, pemim­pin-pemimpin BN perlu mene­rima hakikat pengaruh mereka kurang efektif dan hanya melalui jajaran baharu dapat mele­takkan BN di kedudukan sewajarnya.

“Parti-parti tempatan dari Sa­bah dan Sarawak mewakili etnik masing-masing juga boleh menyertai gabungan ini. Jika ia dapat direalisasikan, kita akan melihat UMNO, PKR dan DAP dan semua parti yang ada menjadi satu jajaran baharu yang kuat dan UMNO akan mewakili parti Melayu terbesar.

“Saya faham sentimen per­kauman dan ideologi politik an­tara semua parti ini berbeza. Tetapi politik ini dinamik, apa sahaja boleh berlaku. Walaupun formula ini agak sukar, tetapi tidak mustahil jika ada usaha ke arah itu.

“Sekarang parti komponen BN tinggal berapa sahaja? Yang jelas pun sekarang ini hanya MCA dan MIC yang masih me­nyatakan sokongan dalam BN,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

MIC baru-baru ini mengumumkan terus menyokong dan kekal bersama-sama pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga menunggu keputusan muktamad dibuat Majlis Tertinggi BN.

Tindakan MIC meletakkannya dalam dilema kerana menyokong PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada masa sama bertindak sebagai parti komponen dalam BN.

Hanya MCA yang berjanji bersama BN dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) manakala Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) masih belum menyatakan pendirian jelas tentang sokongannya dalam BN dan keputusan UMNO untuk tidak bersama PN pada pilihan raya akan datang.

Dalam pada itu Mujibu ber­kata, UMNO akan memperoleh segala kelebihan terutama dalam pilihan raya umum apabila tidak perlu berebut kerusi dengan parti komponen lain.

Jelasnya, UMNO akan ber­tanding di kawasan orang Me­layu manakala DAP di kawasan Cina begitu juga PKR yang akan bertanding di kawasan sendiri.

“Mungkin ahli politik dapat menerima idea ini tetapi, adakah peringkat akar umbi par­ti menerima? Lebih-lebih lagi orang Melayu yang begitu sensitif dengan isu politik Melayu Islam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya