Bidaan siri nombor pendaftaran FD dibuka - Utusan Malaysia

Bidaan siri nombor pendaftaran FD dibuka

WEE Ka Siong menunjukkan kamera helmet yang digunakan oleh penguat kuasa JPJ sempena Majlis Ulang Tahun JPJ di Ibu Pejabat JPJ, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian (JPJeBid) bagi siri nombor pendaftaran kenderaan, FD dibuka untuk bidaan bermula hari ini hingga Jumaat.

Pelaksanaan bidaan bagi siri nombor Wilayah Persekutuan itu akan tamat pada pukul 10 malam, Jumaat ini sebelum keputusan rasmi pembida-pembida berjaya diumumkan dalam tempoh 24 jam setelah e-bidaan ditutup.

Majlis pelancaran siri FD itu diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong pada majlis sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ke-75 tahun ini.

Ka Siong berkata, siri FD adalah kesinambungan daripada siri FC yang menjadi perintis bidaan nombor pendaftaran kenderaan dalam talian (JPJeBid) yang kini telah dilaksanakan di seluruh negara.

“JPJeBid menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat.

“Pembida juga boleh mengetahui kedudukan (ranking) secara realtime dan tiada unsur campur tangan manusia,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, JPJeBid adalah antara inisiatif JPJ di dalam melestarikan perkhidmatan awam digital di peringkat jabatan.

Ka Siong berkata, setakat ini, JPJeBid telah berjaya membuka bidaan nombor-nombor kenderaan sebanyak 218 siri, dengan kutipan keseluruhan hasil kerajaan sebanyak
RM299 juta. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN