Bicara pinda laporan audit 1MDB selama 12 hari bermula 11 Ogos - Utusan Malaysia

Bicara pinda laporan audit 1MDB selama 12 hari bermula 11 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy disambung selama 12 hari bermula 11 Ogos ini.

Tarikh itu ditetapkan pada sesi pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas, hari ini.

Terdahulu, peguam Nur Syahirah Hanapiah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu memberitahu media bahawa perbicaraan di Mahkamah Tinggi sebelum ini ditetapkan untuk sambung bicara pada 11 dan 12 Ogos ini.

“Bagaimanapun, mahkamah menambah tarikh perbicaraan selama 10 hari bermula 6 hingga 9 September, 4 hingga 7 Oktober dan 20 serta 21 Oktober ini,” katanya.

Yang hadir sama Timbalan Pendakwa Raya Nadia Zulkifli dan peguam Goh Cia Yee mewakili Arul Kanda.

Tujuh saksi pendakwaan termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang telah memberi keterangan dalam perbicaraan itu setakat ini.

Pihak pendakwaan dijadualkan memanggil 11 saksi lagi pada perbicaraan kelak.

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 44, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa menurut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

ends.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya