Bersatu dijadikan 'kambing hitam' - Utusan Malaysia

Bersatu dijadikan ‘kambing hitam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) cuba dijadikan ‘kambing hitam’ oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melepaskan diri daripada isu rakaman perbualannya dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang viral minggu ini.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen menegaskan, kenyataan Anwar bahawa rakaman itu ada kaitan dengan Bersatu merupakan tindakan terdesak untuk menutup hal sebenar kerjasama politik antara kedua-dua mereka.

Beliau berkata, telah diketahui umum bahawa sudah ada kerjasama dan perundingan antara Presiden UMNO dan Presiden PKR itu yang mana satu demi satu bukti mula terdedah.

“Saya berpendapat bahawa Presiden UMNO dan Presiden PKR perlu jujur dan berterus terang dan tidak perlu lari daripada isu utama.

“Iaitu sudah ada kerjasama dan rundingan antara kedua-dua mereka untuk merealisasikan kerjasama politik antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH),” katanya di sini hari ini.

Rabu lalu, Ahmad Zahid turut menafikan wujud perbualan telefon antara dirinya dan Anwar yang menunjukkan dua pemimpin itu saling berterima kasih dan menyatakan rasa senang hati selepas UMNO bersetuju memutuskan hubungan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Zahid berkata, beliau akan mengambil tindakan terhadap tuduhan itu.

Rakaman telefon itu dipercayai berlaku beberapa jam selepas ucapan penggulungan Ahmad Zahid ketika Perhimpunan Agung UMNO 2020 mengumumkan mandat yang diperolehnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya