Belacan rahsia 'handsome', sihat - Mat Sentol - Utusan Malaysia

Belacan rahsia ‘handsome’, sihat – Mat Sentol

MAT Sentol suka makan belacan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rashid Yahya mendedahkan rahsia beliau untuk kekal sihat dan ‘handsome’ sehingga ke hari ini adalah dengan banyak makan belacan.

Seniman legenda berusia 88 tahun itu berseloroh demikian ketika menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Zaiton Ismail dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor.

Kata-kata spontannya itu dibalas dengan gelak tawa oleh Zaiton dan tetamu lain termasuk pemberita ketika ditemui di kediamannya di Jalan Rajawali, Larkin Jaya di sini hari ini.

Mat Sentul memberitahu, penduduk Melaka terutamanya di kawasan Tanjung Kling ramai sihat dan ‘handsome’ kerana selalu makan belacan.

“Saya suka berjalan-jalan dan pada bulan Ramadan ini suka mengunjungi bazar untuk mencari kuih tradisional, tetapi saya tak suka makan kek.

“Saya tiada penyakit kencing manis atau darah tinggi cuma lutut saya tidak kuat untuk berdiri lagi,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya