Bazar Ramadan dipantau agar patuhi SOP - Utusan Malaysia

Bazar Ramadan dipantau agar patuhi SOP

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemantauan akan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bazar Ramadan seluruh negara bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang gagal mematuhi SOP.

“Peniaga kiga perlu bertanggungjawab memastikan pengunjung premis mereka sentiasa mematuhi SOP ketika urusniaga iaitu memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan kembali membenarkan bazar Ramadan dibuka dengan syarat SOP yang ketat, meskipun negara masih dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Pemulihan.

Ketetapan itu turut merangkumi kebenaran membuka bazar raya dan solat sunat tarawih di masjid serta surau sepanjang bulan Ramadan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya