Bayi dihurung semut ditinggal belakang rumah - Utusan Malaysia

Bayi dihurung semut ditinggal belakang rumah

SALEMAH Awang menunjukkan gambar bayi yang dijumpai dibuang di belakang rumahnya di Kampung Geliga, Kemaman hari ini. \
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang bayi perempuan berlumuran darah ditingalkan di belakang rumah seorang penduduk di Kampung Geliga di sini, semalam.

Semasa ditemukan pada pukul 5.30 pagi, bayi yang diletakkan di atas pasir itu juga dihurungi semut sebelum dijumpai Salemah Awang, 60, yang bersiap untuk keluar bekerja.

Salemah berkata, pada mulanya dia mendengar tangisan bayi tetapi menyangka itu adalah bunyi anak anjing kerana memang haiwan berkenaan banyak berkeliaran di sekitar rumahnya.

“Saya membuka tingkap dapur dan ternampak satu objek di atas pasir lalu segera memanggil suami serta anak perempuan untuk memeriksa.

“Kami terkejut melihat objek itu rupa-rupanya bayi perempuan yang berlumuran darah dan menangis dihurungi semut,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Salemah berkata, kejadian tersebut kemudian dilaporkan kepada polis selain anaknya, Saidatul Arwani Ali, 28, kemudian memandikan bayi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, susulan kejadian tersebut, seorang remaja berusia 18 tahun yang dipercayai ibu bayi berkenaan dikesan pihaknya kira-kira 150 meter dari lokasi bayi tersebut dibuang.

“Remaja itu mengaku melahirkan bayi itu tanpa pengetahuan keluarga dan meletakkannya di belakang rumah wanita terbabit.

“Bayi itu dalam keadaan selamat dan kini berada di Hospital Kemaman,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya