Bas ekspes terbabas, 14 cedera - Utusan Malaysia

Bas ekspes terbabas, 14 cedera

ANGGOTA bomba menyelamatkan mangsa yang cedera setelah bas dinaiki terbabas dan terbalik di Kilometer 265, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Ipoh hari ini. IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 14 penumpang termasuk pemandu cedera setelah bas ekspres dinaiki terbabas dan terbalik di Kilometer 265, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian selepas Terowong Menora itu, bas ekpres dua tingkat itu dalam perjalanan dari Kulim, Kedah ke Kuala Lumpur.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Sharudi Muhamad Halil berkata, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.22 pagi.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan sebuah bas yang terbabas dan terbalik ke dalam longkang di sebelah laluan jalan.

“Keseluruhan mangsa yang cedera seramai 14 orang di mana anggota segera membantu mengeluarkan mereka dan memberi rawatan awal.

“Seorang penumpang lelaki dan wanita yang masing-masing cedera parah di kepala dan patah tulang pinggang serta kaki diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan lain dan operasi yang turut dibantu pasukan polis dan perubatan itu tamat pada pukul 4.39 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya