Bako Gulung gamit pengunjung - Utusan Malaysia

Bako Gulung gamit pengunjung

YUSDI Hidayat Abdul Yusof melayan seorang pelanggan yang singgah membeli Bako Gulung di bazar Ramadan Taman Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Kreativiti seorang peniaga menghasilkan roti bakar gulung yang istimewa menggunakan resepi sendiri menarik minat orang ramai berkunjung ke bazar Ramadan di Taman Pauh, di sini.

Menggunakan nama Bako Gulung yang bermaksud ‘bakar dan gulung’, peniaga tersebut, Yusdi Hidayat Abdul Yusof, 40, berkata, dia ‘bereksperimen’ untuk menghasilkan roti gulung terbaik itu pada harga berpatutan.

“Bako Gulung menggunakan roti tortilla berkualiti yang digulung padat dengan inti berasaskan beberapa resipi unik termasuk keju mozarella dan sos khas.

“Setakat ini, Bako Gulung boleh didapati dalam tiga perasa utama iaitu ayam, daging (lembu) dan kambing,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas Yusdi Hidayat, dia memulakan perniagaan itu sejak dua tahun lalu secara bergerak dengan menaiki motosikal.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima pada Ramadan kali ini agak memberangsangkan walaupun pengunjung terpaksa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk ke bazar dan sebagainya.

“Pada hari pertama Ramadan sahaja saya dapat menjual sehingga 100 gulung Bako Gulung,” kata bekas kakitangan Telekom Malaysia itu yang turut berniaga di beberapa lokasi pasar malam di sekitar Bukit Mertajam sebelum ini.

Kata Yusdi Hidayat, Bako Gulung perasa ayam dan daging dijual pada harga RM3.50 segulung manakala kambing pula berharga RM4 segulung. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya