Azlan Man ganti Shahidan Pengerusi UMNO Perlis

Azlan ganti Shahidan Pengerusi UMNO Perlis

AZLAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baharu bagi mengantikan Datuk Seri Shahidan Kassim bersedia memikul amanah tersebut dengan sebaik-sebaiknya.

Ketua UMNO Bahagian Kangar itu juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana memberi kepercayaan serta keyakinan kepada beliau mengetuai UMNO Perlis.

SHAHIDAN KASSIM

Susulan itu,  Azlan akan mengadakan mesyuarat dengan jawatan kuasa perhubungan negeri serta tiga bahagian UMNO Perlis dalam tempoh terdekat.

“Saya akan mengalas tanggungjawab ini kerana ia adalah amanah yang diberikan. Terima kasih kepada presiden yang memberi kepercayaan kepada saya mengetuai UMNO Perlis khususnya dalam menghadapi pilihan raya tidak lama lagi,” kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam satu kenyataan memaklumkan pertukaran jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis berkuat kuasa hari ini dengan Azlan mengantikan Shahidan.

“Adalah dimaklumkan bahawa jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim digantikan kepada Datuk Seri Azlan Man yang juga Menteri Besar Perlis.

“Pertukaran ini berkuat kuasa mulai hari ini. Dirakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Shahidan atas khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau,” katanya.

Sementara itu, Azlan juga tidak menolak kemungkinan bakal membentuk jawatan kuasa baharu perhubungan UMNO negeri.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan desas-desus nama Azlan disebut-sebut mengantikan Shahidan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis yang baharu.

Malah, Azlan ketika menjawab desas-desus tersebut pada masa itu menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk kepemimpinan tertinggi parti membuat keputusan mengenainya.

Pertukaran Shahidan yang cukup sinonim dengan UMNO Perlis itu berkemungkinan disebabkan pendirian beliau yang lantang untuk terus bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya