APM selamatkan lelaki terperangkap dalam kereta masuk parit - Utusan Malaysia

APM selamatkan lelaki terperangkap dalam kereta masuk parit

ANGGOTA APM menyelamatkan lelaki yang terperangkap dalam keretanya yang terbabas ke dalam parit Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang di Bagan Datuk, Perak, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Tindakan pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap dalam keretanya yang terbabas ke dalam parit di Batu 10, Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, anggota APM terpaksa memecahkan cermin kenderaan jenis Proton Savvy itu bagi membawa keluar mangsa berusia 23 tahun.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bagan Datuk, Kapten Mohd. Zaidi Ahmad berkata, kejadian itu disedari anggotanya yang dalam perjalanan ke Ipoh untuk mengambil anggota yang selesai bertugas.

Katanya, tindakan segera diambil setelah menyedari terdapat seorang lelaki terperangkap dalam kereta yang terbalik di dalam parit.

“Anggota cuba menyelamatkan mangsa dengan memecahkan cermin selepas semua pintu kenderaan tidak dapat dibuka.

“Mangsa yang terperangkap hampir 30 minit diselamatkan dan didapati mengalami kecederaan ringan di beberapa bahagian badan,” katanya.

Menurut beliau, operasi membawa keluar lelaki itu mengambil masa 10 minit dan dia diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya