Angka ingkar SOP melonjak kepada 100 kes - Utusan Malaysia

Angka ingkar SOP melonjak kepada 100 kes

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam kembali melonjak dengan 100 individu ditahan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu naik mendadak berbanding hanya dua individu diberkas kelmarin dan sembilan individu pada Selasa lalu.

“Daripada jumlah tersebut, sejumlah 91 individu dikenakan kompaun manakala baki sembilan lagi pesalah ditahan reman,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Kes tertinggi ialah gagal mematuhi jarak fizikal berjumlah 89 individu diikuti kesalahan cuba rentas kawasan tanpa kebenaran sebanyak 10 kes dan satu lagi merupakan kesalahan lain.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, jumlah pekerja asing positif Covid-19 setelah saringan wajib di seluruh negara semalam turun semula kepada hanya 20 orang berbanding 43 individu kelmarin.

Ismail Sabri berkata, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan sejumlah 1,992 pekerja warga asing menjalani proses itu semalam.

Jelas beliau, secara kumulatif, sejak 1 Disember lalu, seramai 669,888 individu telah pun selesai melakukan ujian mandatori itu yang melibatkan penyertaan sejumlah 34,742 majikan.

Daripada jumlah tersebut, cuma 10,136 pekerja warga asing disahkan positif wabak maut berkenaan manakala selebihnya pula iaitu seramai 659,752 orang lagi adalah negatif.

Sebanyak 1,542 klinik terlibat dalam program khas itu selaras arahan kerajaan mewajibkan pekerja asing menjalani ujian dengan kos saringan perlu ditanggung majikan masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya