'Amanat untuk ahli UMNO palsu - Zahid - Utusan Malaysia

‘Amanat untuk ahli UMNO palsu – Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau memberi amanat kepada ahli parti itu dan akar umbi berhubung perancangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk terus berkuasa.

Beliau menegaskan, amanat itu tidak pernah ditulis olehnya mahupun disiarkan atas kebenarannya tetapi mendakwa ditulis oleh individu tertentu untuk memfitnah beliau.

“Saya menyedari saban hari pelbagai fitnah dilakukan pihak tertentu bagi mengkucar-kacirkan situasi politik semasa serta memburuk-burukkan UMNO.

“Saya berharap pihak yang melakukan perkara ini menghentikan segera perbuatan politik jahat,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebook rasmi miliknya.

Ahmad Zahid berharap Ramadan kali ini dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan amal ibadah, bukannya menabur fitnah serta mengamalkan politik tidak matang.

“Saya menyarankan semua pihak yang mahu mendapatkan kenyataan rasmi daripada saya boleh meninjau melalui Facebook ini dan Telegram saya. Semoga semua daripada kita diberkati Allah dan diterima segala amal kebaikan,” katanya.

Semalam, sebuah warkah yang dinamakan sebagai ‘Amanat Ahmad Zahid Hamidi untuk ahli UMNO’ tular dalam media sosial yang antaranya menyebut soal serangan terhadap Ahmad Zahid, tindakan Ahli Parlimen melompat parti, penyalahgunaan kuasa, perpaduan ummah dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya