Alasan tangguh pemilihan UMNO sebab pilihan raya tidak wajar - Utusan Malaysia

Alasan tangguh pemilihan UMNO sebab pilihan raya tidak wajar

ZAHIDI Zainul Abidin (tiga dari kiri) hadir pada Majlis Perasmian Pertandingan Pidato Kenegaraan dan Malaysia Prihatin peringkat negeri ini di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN/ MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Alasan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi menangguhkan pemilihan UMNO dilihat tidak wajar memandangkan pilihan raya itu ditentukan Perdana Menteri bukannya Presiden UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, pemilihan tersebut dilihat tidak boleh ditunda sehingga 18 bulan sebaliknya perlu diadakan pada tahun ini.

Dalam masa sama, Zahidi turut mempersoal adakah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan memberi kebenaran untuk melanjutkan pemilihan parti itu?.

“Pemilihan segera ini bukan sebab KJ (Khairy Jamaluddin) atau siapa sahaja, sekarang, UMNO dapat kebenaran tak daripada RoS untuk menangguhkan pemilihan itu?

“Itu soalnya. Sekarang sudah masuk tiga tahun, sebagai parti berorganisasi mengikut undang-undang dalam masa tiga tahun perlu adakan pemilihan, jika hendak lanjut sehingga 18 bulan, maka, perlu memberi alasan-alasan tertentu.

“Jadi, sekarang kalau hendak lanjut guna alasan pilihan raya, UMNO tidak boleh guna alasan itu kerana yang tentukan pilihan raya bukan Presiden UMNO tetapi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pertandingan Pidato Kenegaraan dan Malaysia Prihatin peringkat negeri ini di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berpandangan bahawa tiada keperluan pemilihan parti diadakan pada akhir tahun ini sebaliknya ia perlu dilakukan segera.

Khairy dilaporkan berkata, perkara itu lebih baik untuk UMNO sekiranya pemilihan parti diadakan lebih cepat berbanding menunggu hingga akhir tahun.

Malah, pada 30 Mac lalu, Khairy turut menyuarakan perkara sama apabila menggesa UMNO menyegerakan pemilihan parti itu sebelum PRU-15 jika mahu menyelesaikan kemelut dalaman yang membelenggu parti sejak beberapa bulan lalu.

Mengulas lanjut, Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, pemilihan parti tidak boleh ditunda perlu diadakan pada tahun ini.

“Kalau lanjut sebulan dua mungkin RoS tidak ada masalah, kalau 18 bulan saya rasa RoS tidak akan luluskan. Kena sedia buat pemilihan tahun ini juga,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya