Akar umbi UMNO kian resah, percaya audio Zahid-Anwar - Utusan Malaysia

Akar umbi UMNO kian resah, percaya audio Zahid-Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli-ahli akar umbi UMNO semakin gelisah dan keliru selepas tular audio perbualan telefon antara Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd. Yusoff berkata, malah mereka seolah-olah tidak boleh menafikan ‘pakatan’ antara kedua-dua pemimpin itu dan kecewa kerana seperti ditipu bulat-bulat oleh kepemimpinan parti yang membuat keputusan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 lalu apabila dipercayai wujud perancangan lain di luar pengetahuan.

Justeru, katanya, Lembaga Disiplin parti termasuk Ahli Majlis Tertinggi (MT) tidak boleh berdiam diri untuk menasihatkan Ahmad Zahid agar berehat dahulu selagi kes berkenaan tidak diselesaikan.

“Jadi kita minta Lembaga Disipin dan MT untuk tengok perkara ini secara serius, jangan hanya ambil tindakan jika melibatkan ahli sahaja tetapi kalau orang-orang tertentu tidak pula diambil tindakan malah tidak dibawa berbincang pun.

“Nasihat saya kalau (Ahmad Zahid) perlu rehat, rehatlah, bukan makna kita tidak suka dan tidak mengenang jasa-jasanya. Sekarang ini suasana kepercayaan politik lain, saya yakin pengundi muda akan bersama parti asalkan kita memberikan satu keyakinan kepada mereka dalam bentuk kepemimpinan,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, Mustapa Kamal berkata, UMNO ketika ini menghadapi krisis keyakinan kepemimpinan dan apabila berlaku perkara seumpama ini, ia semakin memburukkan keadaan.

Katanya, bukan sahaja ahli akar umbi, malah orang-orang Melayu pasti amat kecewa selepas berlaku isu surat sokongan Presiden kepada Anwar.

“Saya harap benda ini tidak betul. Tapi kalau tidak mahu berlaku seperti isu surat dahulu dan selagi perkara ini tidak selesai, saya minta Presiden undurkan diri. Undur diri bukan maksud mengalah.

“Saya yakin kalau kepemimpinan diambil alih Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan pun beliau mampu menguruskan parti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya