Ahli Parlimen Bukit Gantang sedia berdepan UMNO - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Bukit Gantang sedia berdepan UMNO

SYED Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (tengah) dalam sidang akhbar selepas program sumbangan Ramadan dan Imarah Masjid dan Surau di Bukit Gantang, Perak, hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sedia berdepan dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau yang menang atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, sama ada beliau bertanding di kerusi yang sama, ia ditentukan pucuk kepimimpinan partinya.

“Jika saya dipilih mewakili parti, saya bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja.

“Saya bersama-sama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk melalui PRU-15,” katanya dalam sidang akhbar selepas program sumbangan Ramadan dan Imarah Masjid dan Surau di sini, hari ini.

Mengulas ketetapan yang dibuat UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru yang akan bertanding di semua kerusinya ‘dicuri’ termasuk di Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin berkata, adalah normal apabila sesebuah parti mengumumkan meletakkan calon di satu-satu kerusi.

Menurutnya, mana-mana parti boleh bertanding kecuali ada rundingan peringkat Pusat dalam kalangan parti-parti yang bekerjasama.

“Tetapi kalau tidak ada rundingan maka masing -masing bertanding sendirian sebagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin kata PN sedia berhadapan sama ada satu lawan satu atau satu lawan dua atau satu lawan tiga,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya