Agong dan Permaisuri zahir ucapan takziah kepada Indonesia - Utusan Malaysia

Agong dan Permaisuri zahir ucapan takziah kepada Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sedih dengan berita pemergian para perajurit Indonesia yang terlibat dalam  tragedi kemalangan Kapal Selam KRI Nanggala-402 di utara perairan Bali.

Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan takziah kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo dan seluruh rakyat Indonesia susulan tragedi kemalangan itu.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian perajurit-perajurit dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mereka sabar serta tabah menghadapi ujian dan dugaan yang besar pada bulan Ramadan ini. 

“Sesungguhnya pemergian perajurit-perajurit kapal selam tersebut di bulan Ramadan yang mulia ini merupakan satu kehilangan yang besar buat negara Indonesia dan semoga pengorbanan mereka akan terus dikenang sepanjang masa,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mendoakan agar seluruh rakyat Indonesia kekal tabah dan diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” ujar kenyataan itu lagi.

Kenyataan juga memaklumkan, bagi menjunjung titah, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin turut menyampaikan ucapan takziah Seri Paduka Baginda berdua kepada Duta Besar Indonesia di Malaysia, Hermono.

Pihak berkuasa Indonesia semalam menemukan serpihan kapal selam tentera, KRI Nanggala 402 yang hilang bersama 53 kelasi di perairan utara Pulau Bali dan mengesahkan aset tentera itu tenggelam.

Kapal selam milik tentera Indonesia yang hilang kira-kira jam 10.37 pagi Rabu lalu itu hanya mempunyai bekalan oksigen sehingga pukul 3 pagi pada Jumaat dan operasi mencarinya masih berterusan setakat pukul 8 malam kelmarin. -UTUSAN ONLINE   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya