Agong berkenan terima menghadap Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat - Utusan Malaysia

Agong berkenan terima menghadap Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat

khalid
KHALID SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat untuk menghadap Seri Paduka.

Pengerusi Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat, Khalid Samad berkata, pihaknya sudah menerima surat dari Istana Negara pagi tadi.

“Sukacita dimaklumkan bahawa, pagi ini saya telah menerima warkah dari Istana Negara yang memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong telah bersetuju untuk menerima menghadap Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat untuk menyerah petisyen untuk merayu agar darurat ditamatkan.

“Walaupun tarikh untuk menghadap belum lagi ditentukan, kami yakin satu tarikh akan ditetapkan seberapa segera untuk membolehkan kami semua menghadap Yang Dipertuan Agong bagi menyerahkan petisyen rayuan tersebut. Kesan buruk darurat semakin ketara hari ke hari.,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya