Abdul Hamid jumpa Hamzah isu pertukaran pegawai kanan - Utusan Malaysia

Abdul Hamid jumpa Hamzah isu pertukaran pegawai kanan

ABDUL Hamid Bador melancarkan Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Kontinjen Selangor di Surau An-Nur, Bandar Puteri di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam tempoh terdekat bagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan pertukaran jawatan pegawai kanan polis yang ditangguhkan sebelum ini.

Abdul Hamid berkata, pertemuan itu adalah susulan daripada dakwaan wujud campur tangan menteri yang memberi arahan menangguhkan pelantikan Ketua Polis seperti tular dalam media sosial sejak semalam.

“Tindakan menteri terbabit timbul tanpa pengetahuannya ketika saya sedang bercuti. Saya akan berjumpa dengan beliau (Hamzah) dan memberikan penjelasan teliti mengapa ia perlu diteruskan (proses pertukaran pegawai kanan ).

“Tindakan saya mengeluarkan perintah pertukaran itu seperti mana undang-undang menyatakan ‘Command and Control’ kawal selia polis adalah di bawah tanggungjawab saya kepada Ketua Polis Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Kontinjen Selangor di Surau An-Nur, Bandar Puteri di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu mesej kononnya campur tangan politik membabitkan menteri Kabinet berlaku sehingga mengeluarkan arahan menangguhkan pertukaran Ketua Polis.

Mesej itu berbunyi: ‘Nampaknya campur tangan politik dalam Command dan Control of PDRM dah melampau..Dengarnya pertukaran KP yang diarahkan oleh KPN ditangguhkan dulu atas arahan menteri”.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, arahan pertukaran pegawai kanan membabitkan seramai 71 orang termasuk Ketua Polis negeri yang akan berkuatkuasa 12 April hadapan adalah demi kebaikan semua.

“Saya mengeluarkan arahan pertukaran itu untuk kebaikan semua dan tidak ada apa-apa yang luar biasa.

“Sebenarnya saya sedang bercuti (pada waktu itu) dan tiba-tiba dapat arahan penangguhan itu,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya